kaum - kaum di Malaysia

Kaum - kaum di Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia.  Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atauEurasian dan kaum bumiputera lain.





Kaum Melayu
Orang Melayu Malaysia, terdiri daripada 55% jumlah penduduk di Malaysia, ditakrifkan secara umum sebagai "bangsa Melayu" berbanding lebih spesifik sebagai "kumpulan etnik Melayu".

Sejarah
Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara.

Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris













Kaum Cina

Orang Cina Malaysia adalah penghijrah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari Republik rakyat cina yang tiba di Tanah Melayu sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa.

Sejarah
 

Gelombang Pertama

Orang Cina gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa Puteri Hang Li Poh dikahwinkan kepada Sultan Melaka , membawa bersama golongan bangsawan ,pengikut-pengikut ,dan hamba dari negara China.Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian.

Gelombang Kedua

Pada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke Malaya.Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan.Mereka membentuk penempatan di Negeri Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British .Selain itu ,mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat .Kebanyakan orang Cina dapat dijumpai di pantai Barat.

Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

















Kaum India

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Namun, sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum india tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina.

Sejarah


Orang-orang India telah datang berniaga ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau empat sebelum masihi (2,500 tahun dahulu). menyebut mengenai cengkih 

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan  : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam










0 comments:

Post a Comment